Kiram II arah ceroboh Sabah meninggal dunia

kiramm

MANILA, Isnin – Sultan Esmail Kiram II yang mendakwa memimpin kesultanan di Selatan Filipina dan mengarahkan pencerobohan ke atas Sabah pada 2013 lalu sehingga berlaku pertumpahan darah, meninggal dunia akibat kompilasi buah pinggang, kelmarin.

Kiram yang berusia 76 tahun dimasukkan ke hospital di selatan bandar Zamboanga dan meninggalkan wasiat supaya pengikutnya terus menuntut Sabah daripada Malaysia, kata jurucakap kesultanan Filipina, Abraham Idjirani.

“Salah satu daripada arahannya ialah meneruskan tuntutan ke atas Sabah secara aman,” katanya.

Walaupun, sebahagian besar menolak kesultanan Kiram yang berpangkalan di wilayah Sulu di Filipina, krisis berdarah dengan Malaysia tercetus apabila adiknya bersama 200 pengikut yang kebanyakannya lengkap bersenjata menceroboh Sabah melalui perkampungan tepi laut di Lahad Datu pada Februari 2013.

Malaysia bertindak dengan menghantar pasukan tentera dan melakukan serangan terakhir melalui udara sebelum penceroboh ditumpaskan.

Adik Kiram yang terselamat dalam serangan itu kembali ke Filipina di mana dia meninggal dunia tahun lalu akibat serangan jantung, kata Abraham.

Kiram yang dikebumikan di Maimbung, semalam, mengetuai kesultanan Sulu sejak tahun 2000, disokong abangnya, Jamalul, yang meninggal dunia pada 2013 lalu.

Abraham berkata, Kiram akan digantikan oleh seorang lagi adiknya, Phugdal Kiram, guru sekolah yang sudah bersara. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian