Lelaki Pakistan dukung bapa lumpuh tunai haji

bapa

MAKKAH, Selasa – Bagi memenuhi impian bapanya, seorang lelaki Pakistan sanggup mendukung bapanya yang lumpuh semasa solat Jumaat dan berjanji untuk melakukan perkara yang sama ketika mereka menunaikan haji nanti.

“Bapa saya lumpuh dan tak boleh berjalan, saya akan mendukung beliau untuk menunaikan haji,” katanya kepada pemberita.

Lelaki itu menambah, ini adalah kali pertama untuknya menjejakkan kaki ke kota suci Makkah.

Oleh itu, beliau berikrar untuk mendukung bapanya ketika menunaikan haji dan telah bersedia untuk menghadapi sebarang kesukaran sepanjang menunaikan ibadah itu.

Sebelum ini, gambarnya yang sedang mendukung bapa telah tersebar di media sosial dan mendapat pelbagai pujian daripada orang ramai yang memuji tindakan lelaki itu serta mengucapkan tahniah kepada bapanya kerana berjaya mendidik anak yang baik dan bertanggungjawab.

Dijangkakan, 2.5 juta umat Islam dari seluruh dunia akan berada Makkah pada tahun ini untuk menunaikan rukun Islam kelima itu. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian