Malaysia dalam kedudukan baik untuk realisasi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020: Najib

najib razak 2
Oleh Mokhtar Hussain

NEW YORK, Selasa – Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk merealisasikan matlamat menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 meskipun berhadapan situasi ekonomi dunia semasa yang tidak menentu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin (Selasa di Malaysia).

Namun, Perdana Menteri berkata negara mesti sentiasa bersedia untuk menghadapi perubahan serta kejutan luaran yang di luar kawalan.

Bercakap pada Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Dunia (GSIAC) kelima di sebuah hotel di Manhattan di sini, Najib menegaskan bahawa asas ekonomi negara kukuh, dan ada petunjuk bahawa ekonomi negara berada pada jajaran yang tepat.

Beliau berkata tidak seperti krisis ekonomi Asia pada 1998 yang menyaksikan ekonomi menguncup dengan negatif tujuh peratus, ekonomi dijangkakan berkembang pada kadar lima peratus.

Najib berkata berdasarkan pengalaman daripada krisis 1998, kerajaan berjaya mengurangkan defisit fiskal daripada negatif 6.7 peratus pada 2009 kepada 3.2 peratus tahun ini.

LAGI MENYUSUL

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian