Pembunuhan Kevin Morais: Hanya seorang yang ditahan punyai rekod jenayah

kevin morais 3
KUALA LUMPUR, Rabu – Hanya seorang daripada empat lelaki yang ditahan berhubung kes pembunuhan mendiang Anthony Kevin Morais didapati mempunyai rekod jenayah. 

Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata suspek berusia 52 tahun itu didapati mempunyai rekod mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana gagal memberi keterangan berhubung barang dimiliki.

“Lain-lain tangkapan tidak mempunyai rekod,” katanya pada sidang media di lokasi penemuan tong dram berisi konkrit di mana mayat Morais disembunyikan.

Mayat mendiang ditemui selepas seorang daripada suspek membawa polis ke lokasi tong itu pagi ini di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah berhampiran Sungai Klang.

Bagaimanapun, Mohmad berkata pihaknya akan menyemak sama ada suspek lain yang ditahan memiliki rekod jenayah berkaitan elemen D7 terutamanya gangsterisme.

Empat suspek lelaki berusia 22 tahun sehingga 52 tahun, dua wanita dan seorang kanak-kanak ditahan semalam selepas 13 hari siasatan dijalankan.

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati kedua-dua wanita dan kanak-kanak lelaki berkenaan dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

Mengulas mengenai perkara sama, Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Zainuddin Ahmad ketika dihubungi berkata, empat suspek lelaki direman selama tujuh hari bermula hari ini manakala dua wanita dan kanak-kanak itu dibebaskan.

Morais, 55, kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur pada 4 Sept untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA 6264 Q. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian