Politik caca merba pembangkang, rakyat Selangor terabai: Noh Omar

Noh-Omar-1
BANGI, Rabu – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar mahu rakyat Selangor melihat dan menilai kerapuhan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh gabungan parti ‘caca merba’

Menurut Noh, Pakatan Harapan (PH) pada hari ini asyik berpolitik sehingga mengabaikan kebajikan rakyat dan lebih kepada ‘syok sendiri’.

“Ini PR ke Pakatan Harapan ke ataupun pakatan caca merba? Perjuangan parti-parti dalam pakatan itu kalau kita lihat berbeza-beza, DAP musuh dengan PAS, selepas itu ada pula Parti Amanah Negara (PAN) yang PAS kata pengkhianat.

“Dahulu sibuk masalah pasal Menteri Besar, selepas itu masalah PAS dan DAP pula dalam kuasa penentu, kemudian perpecahan PAS kepada PAN pula, jadi dia banyak kepada politik daripada kebajikan rakyat Selangor itu sendiri dan lebih kepada ‘syok sendiri’ lah kita kata,” kata Noh sambil mengulas untung nasib dan masa depan rakyat serta negeri Selangor selepas PR ditukar kepada PH, lapor laman we BNBBC.

Oleh itu, beliau berharap supaya rakyat di negeri Selangor berfikir secara matang dan menilai kebaikan yang diperoleh dari pentadbiran kerajaan negeri ini yang berasaskan perjuangan parti ysng berbeza prinsip dan tiada mempunyai matlamat jelas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan pula berkata pakatan pembangkang adalah satu pakatan yang sentiasa menipu rakyat dalam mengaut keuntungan dan kuasa politik masing-masing.

“Kita lihat sebelum ini, mereka menunding jari kepada BN kononnya diselubungi pelbagai isu seperti korupsi dan tiada urus tadbir yang baik, tetapi itu semua agenda mereka mengaburi mata rakyat terhadap korupsi sesama mereka sendiri yang pada saya tidak ikhlas bekerjasama untuk rakyat.

“Saya kasihankan rakyat Selangor sebenarnya, mereka hebat ditipu atas kisah dongeng pembangunan, ketelusan, sedangkan kita lihat sendiri cara mereka urus tadbir air, pengurusan aset negeri bernilai RM30 bilion tanpa perlu melapor kepada dewan undangan negeri dan banyak lagi,” katanya.

Beliau juga berkata, ‘drama politik’ pakatan pembangkang di Selangor sehingga hari ini masih berterusan sehingga menyebabkan kepentingan rakyat negeri terabai.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian