Ringgit lepasi 4.38, cetus henti catat kerugian
KUALA LUMPUR, Jumaat – Ringgit melepasi paras 4.38 berbanding dolar US, dicetuskan oleh tahap mengehadkan kerugian, dalam dagangan rendah di pasaran di sini hari ini.
Peniaga menyifatkan lonjakan itu disebabkan arahan belian (melepasi paras 4.38) bagi mengimbangi kedudukan spekulatif yang dilakukan sebelum ini.
“Beberapa peserta menjual dolar berbanding ringgit baru-baru ini, dengan meletakkan pesanan henti pada paras melepasi 3.8 untuk mengurangkan kerugian,” kata seorang peniaga.
Menghampiri tengah hari, ringgit disebut harga pada 0.92 peratus lebih rendah kepada 4.3850/3920 berbanding dolar US daripada 4.3450/3480 pada 5 petang Rabu.
Ringgit mencatat tahap terendah, pada paras 4.3900 berbanding dolar, sejak krisis kewangan Asia 17 tahun lepas, pagi ini.
Pasaran ditutup semalam sempena cuti Hari Raya Aidiladha.
“Urus niaga hari ini dijangkakan kecil memandangkan kebanyakan pelabur melanjutkan cuti sehingga hujung minggu,” kata seorang lagi peniaga, yang menambah bahawa dari segi teknikal, ringgit seolah-olah terlebih jual.
Beliau berkata unit tempatan itu kini tertekan akibat kurangnya petunjuk domestik selain harga minyak mentah yang lemah. yang menjejaskan minat global untuk mengambil risiko.
“Jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah, penurunan nilai yuan China ekoran kebimbangan mengenai ekonomi China, juga menyumbang kepada satu lagi pusingan penyusutan nilai ringgit.
Seorang lagi peniaga mata wang berkata dolar semakin mengukuh sejak Pengerusi Fed Janet Yellen membayangkan peningkatan kadar mungkin dibuat tahun ini.
“Kita akan menyaksikan pengukuhan dolar US sehingga Disember berdasarkan faktor Fed itu.
“Pelabur dilihat kembali semula membeli dolar,” katanya. – Bernama
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan