Vape bukan pengganti rokok

isma-sabah-1

PENAMPANG, Selasa – Aktivis Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) cawangan Sabah, Dr Aliff Asyraf menegaskan bahawa persepsi mengatakan rokok elektronik atau vape merupakan kaedah dan jalan penyelesaian terbaik bagi menghentikan tabiat merokok adalah tidak benar.

Katanya, sehingga hari ini tiada bukti yang menyatakan penggunaan vape lebih selamat daripada rokok.

“Trend vape dalam kalangan masyarakat khususnya golongan remaja sebenarnya bukan kaedah yang terbaik bagi seseorang untuk berhenti merokok.

“Sebenarnya cara untuk berhenti merokok adalah bermula dengan kesedaran diri sendiri tentang bahaya dan ketagihan yang akan berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di program ‘Say No To Vape & Rokok’ anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) Sabah dengan kerjasama Unit Disiplin dan Unit Bimbingan Kaunseling SMK Tansau, Penampang dan I-Medik Cawangan Sabah.

Program yang bertempat di Dataran Datin Patimah SMK Tansau, Penampang itu telah disertai lebih150 orang pelajar Tingkatan Satu, Dua dan Empat.

Selain itu Ahli Jawatankuasa KRIM Sabah, Ustaz Muhammad Amin Ribang berkata KRIM bertekad dan sentiasa akan membuat pemantauan bagi menangani isu vape ini.

“Bagi KRIM, vape bukan alternatif untuk berhenti merokok. Akan tetapi, ia lebih kepada membahayakan kesihatan, bahkan ia juga merosakkan imej peribadi seseorang yang mengamalkan gaya hidup tersebut,” katanya.

Aktiviti menghisap vape kini menjadi trend di kalangan rakyat negara ini, sebahagiannya atas alasan menggantikan tabiat menghisap rokok.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam meminta pengguna vape supaya berhenti menggunakannya buat sementara waktu sehingga keputusan mengenai risikonya diumumkan dalam tempoh dua bulan lagi.

Kementerian itu kini sedang berbincang dengan pelbagai agensi dan pihak berkaitan bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai kesan penggunaan rokok elektronik itu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian