Banting kembali mencatat bacaan IPU tidak sihat pagi ini

banting 105
KUALA LUMPUR, Isnin – Banting kembali mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 105 setakat 10 pagi ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebanyak 40 kawasan mencatat bacaan IPU sederhana antaranya Putrajaya (98), Nilai (92), Cheras, Kuala Lumpur (88), Port Dickson (87), Bukit Rambai (86), Bandaraya Melaka (80) dan Pelabuhan Kelang (82).

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian