Jerebu: Keadaan Singapura semakin buruk hari ini

Tourists wearing face masks look at the hazy skyline of the Singapore business district June 20, 2013. Singapore's haze deteriorated to "hazardous" levels late on Wednesday as smoke from slash-and-burn land clearing in Indonesia enveloped the city-state, inflaming tensions between the Southeast Asian neighbours. The Pollution Standards Index (PSI) soared to a record high of 321 at 10 p.m., up from 290 just an hour earlier and below 200 earlier in the day. A PSI reading above 300 indicates "hazardous" air quality, while a reading between 201 and 300 means "very unhealthy". REUTERS/Edgar Su (SINGAPORE - Tags: ENVIRONMENT)

SINGAPURA, Isnin – Keadaan jerebu semakin buruk di Singapura hari ini, menurut Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) republik ini.

Agensi itu melaporkan bahawa keadaan itu disebabkan oleh tiupan angin yang menolak jerebu memasuki negara ini dari Kalimantan.

Keadaan berjerebu itu dijangka berterusan sepanjang hari ini, kata NEA dalam kenyataan di sini.

Setakat 5 petang tadi, bacaan Indeks Piawaian Pencemaran (PSI) 24 jam di seluruh negara ini adalah 123-150 yang berada dalam kategori tidak sihat.

Untuk esok, NEA berkata angin diramalkan bertiup dari timur-timur laut atau timur-tenggara dan keadaan jerebu dijangka reda sedikit.-Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian