Mahkamah tolak permohonan KDN kekal gantung The Edge

the edgeKUALA LUMPUR, Selasa – Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengekalkan keputusan membatalkan arahan menggantung dua akhbar milik The Edge Communications Sdn Bhd.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu dalam kamar, hari ini.

Peguam kanan persekutuan Alice Loke Yee Ching memberitahu media bahawa Hakim Asmabi memutuskan tidak ada keadaan khas yang membolehkan penggantungan itu kekal.

“Hakim berkata penerbit tidak boleh dihukum hasil dari kejayaan litigasi. The Edge boleh terus mencetak. Hakim berkata tidak ada bahaya untuk kedua-dua akhbar meneruskan penerbitan,” katanya.

Alice menambah, hakim memerintahkan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Setiausaha KDN membayar kos RM4,000 kepada penerbit.

Pada 21 Sept Asmabi membatalkan keputusan KDN menggantung The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan.

Berikutan keputusan tersebut dua penerbitan tersebut boleh meneruskan operasi dan mencetak.

The Edge dan The Edge Financial Daily telah dilarang menerbitkan laporan mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) atas alasan ia boleh mengganggu ketenteraman dan keselamatan awam, dan juga kepentingan negara. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian