Malay Mail Online tarik balik artikel hina Islam

tmmo tarik balikBANGI, Rabu – Hasil desakan ramai pihak, akhirnya portal berita liberal, The Malay Mail Online telah membuat permohonan maaf serta menarik balik penerbitan sebuah artikel yang menyentuh sensitiviti umat Islam bertajuk “Abolish Federal Constitution’s Article 11(4)” (Mansuhkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan) yang ditulis oleh kolumnisnya Boo Su-Lynn.

The Malay Mail Online mengeluarkan kenyataan hari ini bahawa ia tidak berniat untuk menghina Islam atau mana-mana agama, dan menarik balik artikel itu serta memohon maaf dengan harapan untuk mengelakkan sebarang persepsi.

Kolumnis itu mengakui bahawa ia sedar akan sensitiviti di Malaysia mengenai topik agama dan memohon maaf kepada mana-mana pihak yang telah tersinggung oleh artikel berkenaan.

Dalam artikelnya bertarikh 2 Oktober, Boo Su-Lynn berkata jika umat Islam benar-benar mahukan kebebasan bersuara dan kebebasan untuk membaca apa sahaja yang mereka mahu baca, maka Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan perlu dihapuskan.

Dia juga menuntut supaya Perkara 10 (4) dihapuskan. Perkara 10 (4) memperuntukkan penggubalan undang-undang yang menghalang mana-mana individu mempersoalkan atau mempertikaikan peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam Bahagian III (Kewarganegaraan), Perkara 152 (Bahasa Kebangsaan), Perkara 153 (Kedudukan Istimewa Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak) dan Perkara 181 (Kekebalan Raja-raja)

Dalam artikel tersebut, Boo Su-Lynn juga menyeru supaya dihapuskan apa-apa sekatan untuk menyebarkan agama atau ajaran lain selain Islam di kalangan umat Islam sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Boo Su-Lynn turut menyeru supaya undang-undang Islam dan institusi Islam dihapuskan. Ini bertujuan supaya umat Islam hidup dan berfikir bebas daripada sebarang peraturan agama atau kawalan institusi agama Islam.

Sebuah laporan polis telah dibuat oleh peguam, Muhammad Lutfi Abdul Khalid pada 3 Oktober lalu mengenai artikel itu kerana ia bersifat hasutan, menghina agama Islam dan institusi Islam serta telah menyentuh sensitivti umat Islam di negara ini.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian