MH17: Belanda ketepi bukti Rusia

Press briefing by Russian Presidential Press Secretary Dmitry Peskov
RUSIA, Selasa – Beberapa fakta yang dikemukakan oleh Rusia mengenai nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 di timur Ukraine diabaikan, jurucakap Vladimir Putin berkata, sehari sebelum Lembaga Keselamatan Belanda membentangkan laporan teknikal akhir mengenai nahas itu.

“Terdapat beberapa fakta yang disampaikan oleh pihak Rusia diabaikan tanpa sebab yang jelas,” Setiausaha Akhbar Presiden Rusia, Dmitry Peskov, berkata kepada wartawan.

Peskov berkata pihak Rusia telah berulang kali melahirkan rasa kecewa terhadap kurangnya tahap kerjasama yang baik dan penglibatan daripada pakar-pakar Rusia dalam siasatan.

Jurucakap itu berkata kebocoran laporan tertentu yang muncul sebelum ini tidak dapat disahkan dan dibuktikan sahih.

Peskov menggesa media menunggu pengumuman laporan rasmi dan berjanji bahawa dokumen itu akan dikaji dengan penuh teliti oleh pakar-pakar Rusia.

Menurut laporan dalam media Malaysia, pihak berkuasa penerbangan Rusia, Roasaviation memberi beberapa “kenyataan yang serius” kepada Belanda sebagai tindak balas kepada ringkasan laporan akhir mengenai sebab-sebab kemalangan MH17 pada 17 Julai 2014, yang mengorbankan semua 298 penumpang dan anak kapal di atas kapal.

Akhbar Malaysia, New Straits Times mengeluarkan kenyataan Timbalan Ketua Roasaviation, Oleg Storchevoy, yang menulis surat kepada Persatuan Penerbangan Awam (ICAA), menuduh kumpulan siasatan bersama Belanda mengabaikan maklumat komprehensif yang disampaikan oleh Rusia.

Moscow menekankan kebimbangan mengenai Lembaga Keselamatan Belanda yang mengabaikan “prinsip asas penyiasatan insiden udara – sorotan kesimpulan”

Menurut Storchevoy, kumpulan penyiasatan Belanda segera melompat kepada kesimpulan dan menyalahkan peluru berpandu BUK dalam menembak jatuh pesawat penerbangan MH17, tanpa memeriksa dahulu kerosakan peluru berpandu yang tertembak lalu mengenai muncung Boeing dan fiuslaj serta membuat tafsiran logik mengenainya.

Storchevoy berkata, kesimpulan telah dibuat sebelum elemen-elemen tembakan yang mengenai Boeing itu dikeluarkan.

Lembaga Keselamatan Belanda sedang bersedia untuk membentangkan laporan akhir mengenai bencana MH17 pada hari ini. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?