PBB, Bank Dunia lancar bon baru bantu krisis pelarian

pelarian

NEW YORK, Ahad – Agensi antarabangsa bercadang menaikkan berbilion-bilion dolar bagi menangani krisis pelarian yang semakin buruk di Timur Tengah dan Afrika Utara dengan mengeluarkan bon baru untuk membantu pelarian dan bantuan pembinaan semula di kawasan yang dilanda perang.

Perkara itu diumumkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bank Dunia dan Bank Pembangunan Islam semalam selepas bertemu di dasar global untuk membincangkan cara bagi menangani krisis kemanusiaan dan ekonomi yang semakin meningkat berpunca daripada konflik di negara-negara termasuk Syria, Iraq, Yaman dan Libya.

Presiden Bank Dunia, Jim Yong Kim berkata lebih 15 juta orang melarikan diri dari rumah mereka dan masuk secara besar-besaran ke negara-negara seperti Lubnan dan Jordan.

Mereka mencadangkan dua inisiatif bagi mengumpul wang untuk projek tertentu seperti membina semula kediaman untuk pelarian dengan meminta wang dari negara-negara penyumbang dan berlandaskan bon Islam atau sukuk iaitu menyasarkan pelabur di rantau ini.

Menurut Naib Presiden Bank Dunia bagi Timur Tengah dan Eropah, Hafez Ghanem berkata penderma juga akan meminta bantuan untuk mengurangkan kadar faedah bagi negara-negara tuan rumah sejumlah besar pelarian dari kadar komersial kepada serendah sifar.

“Kini, ramai yang memberi tumpuan kepada Syria selepas apa yang berlaku di Eropah bulan lalu namun sebenarnya, keadaan yang sama juga berlaku di Yaman malah ia lebih serius,” katanya selepas mesyuarat tahunan yang diadakan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa.

PBB menjangkakan ratusan ribu pendatang sampai ke Eropah tahun ini kerana melarikan diri dari perang dan kemiskinan, sekaligus menjadikan gelombang terbesar pelarian sejak Perang Dunia Kedua.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian