Presiden MMU meninggal dunia akibat sesak nafas

prof rasat
CYBERJAYA, Isnin – Presiden Universiti Multimedia (MMU) Profesor Datuk Dr Muhamad Rasat Muhamad meninggal dunia hari ini akibat sesak nafas.

MMU dalam satu kenyataan berkata Muhamad Rasat meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya tengah hari ini selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pagi ini.

Muhamad Rasat, 62, yang baru sahaja pulang daripada menunaikan haji baru-baru ini, merupakan presiden universiti yang ketiga dan memimpin MMU sejak Januari 2011.

Menurut kenyataan itu, solat jenazah akan diadakan sebaik sahaja selepas solat Maghrib di masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, Jalan Semangat, Petaling Jaya.

Jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara.

Di bawah pentadbiran Muhamad Rasat, kedudukan MMU telah berkembang, meraih pelbagai anugerah termasuk berada dalam kedudukan 200 teratas dalam QS World University Rankings dalam Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik tahun ini. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian