Tol, nasi kandar, lampin bayi dan bayaran tuisyen

astro-1

BANGI, Jumaat – Kenaikan kadar tol di beberapa lebuh raya sekitar Lembah Klang yang sesetengahnya sehingga mencecah 100 peratus memberi impak kepada perbelanjaan seharian pengguna, kata portal Astro Awani.

Portal berkenaan yang membuat pengiraan ringkas jumlah perbelanjaan yang perlu ditambah oleh pengguna harian lebuh raya berkenaan turut membandingkan kenaikan itu dengan apa yang boleh dilakukan pengguna dengan kos tambahan berkenaan.

Menurut portal berkenaan kos tambahan itu boleh digunakan antaranya untuk:

1. Hidangan makan tengah hari nasi kandar dan air sirap;
2. Membeli sepeket lampin pakai buang bayi;
3. Pembiayaan yuran tadika atau tuisyen anak;
4. Sarapan nasi lemak dan teh tarik selama tiga hari;
5. Membeli setin susu tepung satu kilogram;
6. Bayaran sebulan pinjaman kenderaan;
7. Sarapan roti telur dan teh ais; dan
8. Bayar bil elektrik dan air.

Banyak persoalan yang timbul sejak kadar tol dinaikkan berkuat-kuasa kelmarin di kalangan pengguna lebuhraya tersebut untuk menuju ke destinasi masing-masing.

Berikut adalah laporan Astro Awani berkaitan pengiraan ringkas bagi pengguna Lebuhraya SMART, Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).

LEBUHRAYA SMART

Kadar tol baharu bagi kenderaan kelas satu di laluan ini adalah RM3 berbanding kadar lama RM2. Ini menyebabkan pengguna terpaksa membelanjakan RM30 berbanding RM20 bagi perjalanan ulang alik untuk tempoh lima hari bekerja.

Perbelanjaan untuk tol mengalami kenaikan RM10 bagi tempoh lima hari bekerja.

Jika pengiraan ringkas dilakukan, jumlah ini boleh digunakan untuk membayar hidangan makan tengah hari nasi kandar dan air sirap untuk seorang di restoran mamak di sekitar Kuala Lumpur.

Bagi tempoh sebulan, kos tambahan daripada kenaikan kadar tol adalah RM40. Dengan harga tersebut, ibu bapa yang mempunyai anak kecil boleh membeli sepeket lampin pakai buang bayi.

Bagi pengguna Tol SMART yang menggunakan laluan ini secara kerap, kini terpaksa membelanjakan RM480 sebulan untuk bayaran tol.

Dengan jumlah ini, pengguna mungkin dapat membayar kadar bulanan untuk pembiayaan tadika atau tuisyen anak-anak.

LEBUHRAYA BARU PANTAI (NPE)

astro2

Kadar tol baharu bagi lebuh raya NPE meningkat sebanyak 50 sen dengan kadar baharu pada harga RM2.30.

Bagi perjalanan ulang-alik setiap hari bekerja melibatkan kos RM23 seminggu, berbanding RM16 sebelum ini.

Peningkatan RM7 dalam perbelanjaan mingguan ini bersamaan dengan perbelanjaan anda untuk sarapan nasi lemak dan teh tarik selama tiga hari.

Anggaran kos sebulan sebanyak RM28 bersamaan dengan harga setin susu tepung (satu kilogram).

Jumlah bulanan ini akan meningkat kepada RM336 untuk tempoh 12 bulan dapat digunakan untuk sebulan pinjaman bagi kenderaan jenis Viva.

LEBUHRAYA DAMANSARA-PUCHONG (LDP)

astro3

Perbelanjaan tol bagi pengguna lebuh raya (selepas kadar baharu diperkenalkan pada Khamis) bagi tempoh lima hari bekerja berjumlah RM5.

Dengan harga RM5, anda boleh membeli sarapan roti telur dan teh ais.

Ia berikutan kadar tol baharu bagi lebuh raya LDP iaitu RM2.10 berbanding kadar lama hanya RM1.60.

Bagi perjalanan berulang alik setiap hari bekerja melibatkan kos RM21 seminggu, berbanding RM16 sebelum ini.

Dalam tempoh sebulan, seorang pengguna terpaksa membelanjakan RM20 yang sebelum ini boleh digunakan untuk membeli kad tambah nilai prabayar telefon telefon sebanyak dua kali.

Dalam tempoh setahun, kos perbelanjaan sejumlah RM240 bersamaan kos bil elektrik dan air untuk sebulan bagi sebuah rumah yang menggunakan alat penghawa dingin.

Bagi golongan kelas pertengahan dengan purata gaji RM2,500 sebulan, kiraan kasar bagi kos perbelanjaan bulanan untuk kadar tol baharu di laluan ini pula melibatkan kenaikan dengan anggaran 1.6 peratus.

Pemilihan tangga gaji RM2,500 ini dibuat kerana ia adalah anggaran purata lepasan graduan yang mempunyai kenderaan kecil.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian