Yayasan Ikhlas adakan Qurban Perdana bersama warga Penjara Kajang

isma kajang 1

Oleh Izzati Samudin

KAJANG, 5 Okt- Yayasan Ikhlas dengan kerjasama Penjara kajang dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Kajang telah menganjurkan Qurban Perdana 2015.

Program itu yang diadakan di Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah (RPD) Penjara Kajang disertai beberapa orang banduan dan warga Penjara Kajang.

Istimewanya qurban kali ini ialah pendekatan dakwah yang lebih terbuka dan objektif khusus kepada warga Penjara Kajang bersempena sambutan Hari Raya Qurban yang penuh mulia di sisi agama.

Turut hadir ialah Yang di-Pertua (YDP)Isma Kajang Nazif Emran Farid, Timbalan (YDP) Engku Zakir Hussein Syed Abdullah dan Jawatankuasa cawangan yang bersama-sama bergotong-royong melapah daging qurban.

Pengarah program Yudi Kurniawan Budi berkata qurban tahun ini dianggap berjaya mencapai matlamat iaitu mendekati dan menyantuni masyarakat dengan membawa mesej Islam disamping beramal ibadah dengan berqurban mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada para penyumbang, jawatankuasa kerja serta Penjara Kajang kerana sudi meluangkan masa dan tenaga menjayakan program Qurban Perdana 2015.

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?