Al-Azhar singkir 19 pelajar sokong Morsi, Ikhwanul Muslimin

mesiri

KAHERAH, Sabtu – Pihak pentadbiran Universiti al-Azhar menyingkirkan 19 pelajar selepas mereka dikatakan terbabit dalam keganasan pada Julai 2013 lalu, tatkala tentera merampas kuasa daripada Presiden Mohamed Morsi.

Sumber universiti berkenaan berkata, keputusan menyingkirkan semua pelajar itu dibuat selepas mereka didapati bersalah terbabit di dalam keganasan, cubaan mensabotaj dan melakukan hasutan di dalam universiti.

“Pelajar terbabit juga didakwa melaungkan slogan-slogan politik. Tindakan mereka dikatakan menyalahi peraturan ditetapkan pihak universiti itu,” katanya.

Tindakan itu menjadikan keseluruhan pelajar yang dibuang setakat ini ialah 29 sejak sesi pengajian bermula tahun ini.

Pada 3 Julai 2013 lalu, pertempuran besar-besaran tercetus di Mesir, terutama membabitkan anggota Ikhwan Muslimin dan pasukan keselamatan Mesir di kampus Universiti Al-Azhar.

Universiti Al-Azhar dan beberapa universiti lain di seluruh Mesir menjadi pusat pelajar yang menyokong Morsi untuk bertempur dengan pasukan keselamatan Mesir bermula Julai 2013.

Puluhan penyokong Morsi dan Ikhwanul Muslimin di Universiti Al-Azhar telah ditangkap.

Pihak universiti itu turun meningkatkan kawalan dengan menempatkan lebih banyak pengawal dan sekatan di dalam kampus. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian