Harapan memperoleh anak soleh perlu selari dengan tindakan

IMG_6416

Oleh: Nor Ashida Ahmad

KEPALA BATAS, 7 Dis – “Ibu bapa sepatutnya menjadi orang yang rapat dengan anak-anak dan memastikan harapan mereka untuk mendapat anak soleh dan solehah selari dengan tindakan iaitu dengan mendidik mereka dengan ilmu tauhid, ilmu halal dan haram, ilmu muamalat serta ilmu adab.

“Ibu bapa perlu meluangkan masa dengan anak-anak supaya mereka dapat berkongsi masalah dan kejayaan yang diperoleh mereka,” kata Dr. Norsaleha Mohd Salleh, Ketua Wanita Isma ketika menyampaikan perkongsian bertajuk “Peranan Ibubapa: Suami Mithali, Isteri Bidadari” di Seminar I-Keluarga anjuran Biro Keluarga dan Masyarakat Isma Seberang Perai Utara, baru-baru ini.

IMG_6466

Dalam sesi pembentangan slot “Psikologi Anak-anak: Dari Teori Kepada Praktikal”, Dr. Rozanizam Zakaria telah menghuraikan punca Circle of Security berpunca daripada ibu bapa yang terlalu mengongkong, sibuk dan bermasalah sehingga menyebabkan anak-anak bermasalah dalam berdikari.

Dalam slot terakhir yang disampaikan oleh Dr. Mohd Hisham Mohd Sharif dan Pn Hasifah Zainuddin, mereka mengupas peranan ibu bapa dalam membentuk peribadi anak-anak ketika mereka sedang membesar dan meningkat remaja.

IMG_6403

Seminar i-Keluarga yang dianjurkan memberi impak positif kepada para peserta yang hadir.

Menurut Pn Nadirah Hussen, peserta dan ibu kepada seorang anak berkata panelis-panelis yang ditampilkan hebat dalam bidang kepakaran mereka dan membantu menyelesaikan masalah yang sering dihadapai dalam mendidik anak-anak.

Seorang lagi peserta, Pn. Norain Ab Manan, guru dan ibu kepada dua orang anak merasakan banyak informasi yang sangat berguna.

Ketika berlangsungnya seminar tersebut, anak-anak peserta yang berusia enam hingaa 12 tahun menyertai Kids Fashion Show, pertandingan mewarna dan pelbagai aktiviti lagi di bawah kelolaan Kelab Anak Hebat NAZIM.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian