Persoalan atlet Israel ungkap hubungan baik DAP, rejim Zionis

zuhdi

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki

BANGI, Selasa – Kenyataan Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin, berhubung sekatan dikenakan Malaysia ke atas atlet Israel, mengungkap semula persoalan mengenai hubungan akrab parti cauvinis dan rasis itu dengan rejim Zionis.

Walaupun, Zhemin menyesali dan menarik balik kenyataannya, namun ia tidak merungkai persoalan apakah hubungan antara DAP dan rejim Tel Aviv itu?, kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Namun, Dr Mohd Zuhdi menyifatkan kenyataan Zhemin itu tidak begitu serius berbanding dakwaan dibuat oleh bekas Pegawai Khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng iaitu Mohamed Razali Abd Rahman, yang tersebar dalam media sejak empat tahun lalu.

“Dakwaan Mohamed Razali mengenai hubungan baik DAP dan Israel itu lebih serius, malah apa yang didedahkan itu lebih mengancam keselamatan negara serta sensitiviti umat Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Mohd Zuhdi berkata, Mohamed Razali mendedahkan tiga dakwaan serius yang sehingga kini tidak pernah dinafikan oleh DAP.

Tiga perkara itu ialah:

1. Pakar perisikan Israel terlibat melatih G17 atau kumpulan seramai 17 pakar strategi DAP diketuai Tony Phua, yang mana Mohamed Razali mengakui beliau adalah bekas anggota kumpulan itu;

2. Sejak menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerap ke Singapura bertemu wakil kedutaan Israel dan Mohamed Razali antara yang mengambil maklum urusan pertemuan itu; dan

3. DAP ditawarkan dana PRU-13 sebanyak AS$300 juta oleh Israel, dan Mohamed Razali juga mendakwa sebuah pangkalan tentera Israel baru akan dibina di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menawan Putrajaya.

Sehubungan itu, Dr Mohd Zuhdi berkata, DAP perlu mendakwa Mohamed Razali di mahkamah jika mahu membersihkan semua tuduhan itu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian