Rejim Zionis tembak mati remaja perempuan Palestin

460_0___10000000_0_0_0_0_0_tulkarem_girl_killed
GAZA, Selasa – Seorang remaja perempuan Palestin yang sedang berjalan melintasi pusat pemeriksaan berdekatan Tulkarem di utara Tebing Barat terbunuh selepas ditembak askar rejim Zionis, pagi tadi.

Maram Ramez Hassouna, berusia 19 tahun dari Rafidia dekat Nablus ditembak mati ketika melintas pusat pemeriksaan yang terletak di antara Nablus dan Tulkarem.

Pihak berkuasa Israel mendakwa Maram memiliki pisau, tetapi tidak dapat disahkan kerana pisau berkenaan tidak dijumpai.

Pemerhati hak asasi manusia antarabangsa mengutuk tindakan askar Israel yang sering menembak ke arah warga Palestin hanya kerana mereka dipercayai memiliki pisau.

Dalam kebanyakan kes sepanjang dua bulan lalu, pasukan keselamatan Israel melepaskan tembakan ke arah warga Palestin yang didakwa cuba melakukan serangan, walaupun mereka sudah cedera.

Cara tindakan itu bertentangan dengan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, tetapi tiada pihak atau negara yang membawa Israel ke muka pengadilan.

Maram adalah remaja Palestin kedua dibunuh hari ini.

Beberapa jam sebelum itu, remaja lelaki berusia 16 tahun ditembak mati oleh askar Israel di Bethlehem.

Seperti biasa askar Israel mendakwa Ma’moun Raed al-Khatib yang berasal dari bandar Doha di wilayah Bethlehem mendekati seorang warga Israel untuk menikamnya, sebelum ditembak.

Remaja itu yang cedera parah dibiarkan tanpa rawatan segera dan meninggal dunia di tempat kejadian. – Agensi

460_0___10000000_0_0_0_0_0_tulkaremgirl2

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian