Siapa DAP Sebenarnya?
Bantahan DAP terhadap keputusan KJ yang menafikan visa ahli sukan Israel menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat negara ini tentang hakikat sebenar hubungan DAP dengan entiti penjajah Zionis itu, serta semangat patriotisme parti chauvinis itu. Bantahan itu dengan sendirinya memberikan persepsi seolah-olah hubungan antara dua entiti itu amat mesra dan bantahan itu ibarat ada udang di sebalik batu. Sehubungan itu DAP perlu menyatakan pendiriannya secara jelas terhadap isu Palestin, terutamanya status negara haram Israel. Jika tidak, persepsi mencurigakan itu akan kekal terpahat dalam minda rakyat negara ini.
Keputusan KJ itu bukan suatu yang luar biasa kerana ia selari dengan pendirian rasmi kerajaan Malaysia terhadap isu Palestin. Satu dunia sudah amat maklum dengan kekejaman tidak berperikemanusiaan Yahudi Zionis ke atas umat Islam Palestin. Hanya orang-orang yang tidak berhati perut dan mati nurani sahaja yang tidak mahu memahami penderitaan rakyat Palestin dan masih mengiktiraf negara haram Yahudi Zionis Israel.
Mohd Hazizi Ab Rahman
Ketua Penerangan Isma
Ulasan
Catat Ulasan