Tun Dr M akan hadir Perhimpunan Agung UMNO

tun-2
SUBANG JAYA, Rabu – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau akan hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 8 hingga 12 Disember ini selepas memutuskan ‘menerima’ jemputan lisan naib presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bekas presiden UMNO itu berkata, beliau tetap akan hadir sama ada menerima surat jemputan atau tidak.

“Saya belum menerima jemputan lagi, tetapi saya terima jemputan Zahid sebagai undangan terbuka.

“Ia okay saja jika mereka tak hantar surat, saya tetap akan pergi,” katanya kepada pemberita pada majlis Proton di sini, semalam.

Zahid sebelum ini berharap Tun Dr Mahathir hadir ke perhimpunan tersebut kerana ahli parti masih menghormati beliau walaupun mungkin tidak menerima pendapatnya.

Tun Dr Mahathir bagaimanapun kesal perhimpunan agung kali ini yang disifatkannya kurang terbuka dan menyeronokkan berbanding perhimpunan sebelum ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sekatan yang dikenakan terhadap media yang tidak dibenar melaporkan perbahasan perwakilan ketika ia berlangsung.

“Saya kesal ia kurang terbuka. Seperkara tentang perhimpunan ini ialah ia sesuatu yang sangat menyeronokkan.

“Orang hadir, mencetuskan idea dan tahu yang mereka berbuat sesuatu untuk negara,” katanya.

Sebelum ini, portal The Rakyat Post memetik Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sekatan dikenakan ke atas media online ketika perhimpunan agung itu bertujuan menjamin keharmonian negara ini dikekalkan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian