17 kanak-kanak antara 42 pelarian Syria lemas selepas bot karam

karamun

ATHENS (Greece), Sabtu – Sekurang-kurangnya 42 pelarian, termasuk 17 kanak-kanak mati lemas apabila bot dinaiki karam di dua pulau milik Greek dekat perairan Turki, semalam, kata pengawal pantai.

Tragedi itu adalah yang terburuk berlaku terhadap pelarian yang mengambil risiko melalui laluan berbahaya untuk memasuki Eropah melalui Turki.

Menurut mangsa yang terselamat, berpuluh-puluh pelarian menaiki kapal kayu apabila nahas berlaku berhampiran pulau kecil Kalolimnos di laut Aegean, berhampiran perairan Turki, kata pegawai pengawal pantai.

Pasukan pengawal pantai menyelamatkan 26 pelarian dan menemui 34 mayat pendatang dalam tragedi terburuk bulan ini. Tidak dapat dipastikan kenapa kapal terbabit karam.

Dalam kejadian kapal karam berhampiran sebuah lagi pulau, Farmakonisi, enam kanak-kanak dan dua wanita mati lemas apabila bot kayu dinaiki pecah melanggar batu selepas tengah malam semalam.

“Kira-kira 40 pendatang lagi yang menaiki bot terbabit berjaya berenang ke pantai.

“Sekali lagi, malam tadi berlaku penyeludupan manusia di perairan Turki membabitkan puluhan pendatang dan pelarian yang terpaksa menghadapi risiko,” kata Kementerian Perkapalan Greece dalam satu kenyataan, semalam.

Tragedi terbaru semalam menjadikan jumlah pendatang dan pelarian yang terbunuh kerana melalui timur Mediterranean sejak lebih setahun lalu kepada 900 orang, kata Jurucakap Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi, Joel Millman di Geneva.

Jumlah mereka yang tiba di Eropah melalui jalan laut mencecah 37,000 sejak awal bulan ini, meningkat enam kali ganda berbanding bulan sama pada 2014 dan 2015.

Melarikan diri daripada perperangan di negara mereka, kebanyakan pelarian Syria memberanikan diri menempuh laut bergelora tahun ini untuk melalui jalan singkat dari Turki ke kepulauan Greece, sebelum menuju ke Eropah. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian