KATA PEDANG: Bantah TPPA, bantah!!!

jangan jual negara
UMNO di bawah kepimpinan Najib kelihatan tidak percaya kepada kemampuan untuk maju dengan acuan sendiri apabila memilih untuk menandatangani TPPA.

Ini adalah petikan kenyataan Presiden Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman dalam laporan berita bertajuk ‘UMNO kekal imej propenjajah jika tandatangan TPPA: Presiden Isma‘ yang disiarkan Ismaweb pada 18 Januari lalu.

Benar, Isma selaku sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, memang konsisten menolak TPPA yang disifatkan lebih ‘berkuasa’ daripada Perlembagaan negara sehingga terdapat 26 akta yang perlu diselaraskan dengan perjanjian itu.

Dalam berita bertajuk Jangan tandatangan TPPA, jadilah kerajaan untuk rakyat, Ustaz Abdullah menyifatkan TPPA sebagai projek kapitalis Yahudi dan bukan agenda nasional.

Benar, ia bukan agenda nasional, tapi agenda kapitalis Yahudi yang mahu membolot kekayaan negara umat Islam.

Sejak rundingan TPPA bermula pada tahun 2010, Isma telah terlibat dengan pelbagai aktiviti dan mengeluarkan banyak kenyataan di media berkaitan TPPA.

Pada 10 Julai 2015, Isma bersama NGO-NGO Islam dalam PEMBELA telah mengadakan sidang media khas melancarkan kempen ‘Rakyat Bersatu Tolak TPPA‘.

Isma juga menyertai Perhimpunan Aman Bantah TPPA di Kuala Lumpur pada 21 November 2015.

Terbaru, Isma juga diberikan peluang berucap di Sidang Kemuncak Bantah TPPA yang disertai 500 pemimpin masyarakat di Shah Alam pada 9 Januari lalu.

Pada hari ini, Isma telah mengerahkan sekurang-kurangnya seribu ahli untuk turun menyertai himpunan aman yang dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka dan Padang Merbok.

Usaha ini tidak akan berhenti setakat hari ini. Selagi mana TPPA belum dimeterai oleh kerajaan, selagi itulah usaha Isma dan pertubuhan-pertubuhan lain tidak akan berhenti demi kedaulatan negara tercinta!

KATA PEDANG: Ramai orang tolak TPPA. Tun M, MTEM, PAS, Perkasa dan lain-lain tapi kerajaan buat tak kisah. Jawapan yang diberikan pula tidak memuaskan hati.

Logo-Kata-Pedang-1024x724

Penafian: Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.

LAGI:

KATA PEDANG: Rafizi, jangan jadi Melayu rasis!

KATA PEDANG: Musang Berjanggut dan ratu cantik di Melaka

KATA PEDANG: Kapal dah hampir karam tapi masih nak tubuh jawatankuasa!

KATA PEDANG: Surat terbuka kepada Melayu dan musuh Islam sempena 2016

KATA PEDANG: Lebih baik beli daripada peniaga Melayu daripada……..

KATA PEDANG: Penipu terlepas, pembela mangsa penipuan pula kena tindakan

KATA PEDANG: Demi cinta Rasulullah, kita lakukan perkara berikut…

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian