Ketua Wanita UMNO Kedah dedah ‘muslihat taklimat tertutup’
BANGI, Khamis – Ketua Wanita UMNO Kedah, Datuk Maznah Hamid hari ini mendedahkan beliau hadir pada pertemuan di kalangan pemimpin UMNO negeri semalam setelah diberitahu bahawa satu taklimat khas akan diadakan.
Sambil menyatakan beliau tidak tahu menahu mengeai sidang media akan dibuat untuk mendesak penyingkiran Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Maznah berkata, bagaimanapun, selepas tiba beliau diminta berbaris dengan pemimpin lain untuk satu sidang media.
Sebelum sidang media itu, katanya, kepemimpinan UMNO Kedah dan bahagian telah dipanggil untuk menghadiri satu taklimat tertutup bersama kepimpinan.
“Selaku ketua sayap negeri dan bahagian, saya hadir untuk mengetahui perkembangan parti terutamanya di Kedah.
“Sebaik sampai langsung tiada mesyuarat mesyuarat taklimat, sebaliknya saya dan beberapa pemimpin lain diminta ke barisan depan untuk menyertai sidang media, sedangkan kami tak tahu apa sebenarnya dan tujuan sidang media diadakan,” katanya, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas sidang media yang diketuai Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah bersama hampir keseluruhan kepemimpinan UMNO Kedah semalam.
Katanya,, tidak semestinya kehadiran beliau di situ menyokong tindakan itu, sebaliknya hanya ingin mengetahui perkara sebenar.
“Saya amat berharap kepada kepimpinan Umno agar semua kembali rasional dalam membuat keputusan.
“Janganlah kita membuat sesuatu yang menyusahkan rakyat dan merugikan bangsa kit sendiri. Semoga Kedah kembali aman sejahtera,” katanya.
BERITA BERKAITAN
1. Muhyiddin bimbang kelompok pendesak UMNO Kedah ada agenda peribadi
2. Mukhriz bertegas kekal sebagai Menteri Besar Kedah
3. “Rakyat mahu PM baharu, bukan MB baharu”
4. Kedudukan Mukhriz ditentukan ADUN, jemaah pemangku Sultan: Pakar perlembagaan
5. (TERKINI-2) UMNO Kedah isytihar hilang kepercayaan terhadap Mukhriz
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan