Mahasiswi Malaysia di Jepun manfaatkan cuti asah bakat berdakwah

image (4)

Oleh: Wartawan Isma Luar Negara

BANGI, 3 Jan – Cuti musim sejuk di negara matahari terbit bukan menjadi sebab untuk bermalasan tidur sepanjang hari atau berlibur dengan permainan komputer, internet dan sebagainya.

Bagi sekumpulan mahasiswi Malaysia di Jepun, mereka bijak mengisi masa cuti dengan mencungkil bakat berdakwah kepada masyarakat bukan Islam di sana.

image (5)

Baru-baru ini, mereka berpeluang beraktiviti kemasyarakatan bersama warga emas di Nichi Care Centre Urawa di Saitama di mana mereka berinteraksi dan berkongsi kisah latar belakang diri masing-masing dengan warga emas di sana.

Menurut pengarah program, Aisyah binti Abdullah Zaik, aktiviti di pusat jagaan ini bukan program ziarah semata-mata, tetapi para peserta terlatih untuk berkomunikasi dengan masyarakat berlainan bahasa dan budaya.

“Secara tidak langsung, bakat berdakwah secara lisan kepada ‘non-Muslim’ akan hadir secara semulajadi,” ujarnya.

Aktiviti ini merupakan salah satu acara dalam satu misi kembara anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Jepun yang berlangsung selama 4 hari.

Turut diselitkan dalam misi kembara ini ialah kelas memasak masakan Jepun dan aktiviti bermain ski.

Kedua-dua aktiviti ini bertujuan  mendidik para mahasiswi muslimah agar bukan sahaja hebat di dapur tetapi mampu menempuh kehidupan yang lasak.

image (3)

Selain Jepun, Isma turut mempunyai cawangan antaranya Australia, New Zealand, U.S.A, India dan Korea yang memfokuskan aktivisme mahasiswa yang berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?