Pemimpin UMNO Kedah ‘kunci mulut’ selepas jumpa Najib

umnokk

KUALA LUMPUR, Jumaat – Pemimpin UMNO Kedah yang menemui Datuk Seri Najib Razak hari ini berkaitan rancangan menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mengunci mulut ketika diminta mengulas sama ada satu keputusan telah diambil.

Ada di kalangan mereka berkata, pertemuan dengan Presiden UMNO itu berjalan dengan baik, tetapi enggan mengulas lebih lanjut.

Sebelum ini, mereka yang diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, mengadakan sidang media Selasa lalu mengisytiharkan hilang kepercayaan kepada Mukhriz dan mendesak beliau meletak jawatan.

Ketua Wanita UMNO Kedah, Datuk Maznah Hamid ketika ditemui pemberita berkata, beliau tidak boleh mengulas mengenai pertemuan itu.

Pertemuan itu bermula jam 4 petang di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Sementara itu, portal mesra UMNO – MYKMU – meramalkan Najib akan melantik Mukhriz sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan tempat beliau sebagai Menteri Besar Kedah akan diambil alih oleh Ahmad Bashah.

Menurut portal berkenaan, jalan penyelesaian ini dikirakan sebagai situasi ‘menang-menang’ bagi menyelesaikan kemelut yang sedang melanda UMNO Kedah sekarang, apatah lagi jawatan Menteri Besar memang dikirakan setaraf dengan Timbalan Menteri.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian