Perlis larang bukan Islam letak altar ibadat di koridor flat

altar

KANGAR, Sabtu – Kerajaan Perlis dijangka menguatkuasakan larangan terhadap penduduk bukan Islam daripada meletakkan altar ibadat mereka di koridor pejalan kaki di Flat Seri Sena di sini, tidak lama lagi.

Difahamkan, Jabatan Perumahan Negeri Perlis pada 12 Januari lalu sudah memberi notis dua minggu kepada beberapa penghuni rumah di flat terbabit mengarahkan mereka menurunkan altar ibadat masing-masing.

Kebiasaannya, penganut agama Buddha memasang altar ibadat mereka agak tinggi di dinding luar rumah untuk upacara sembahyang.

Akhbar berbahasa Cina, Guang Min Daily melaporkan Flat Seri Sena mempunyai dua blok bangunan mengandungi 480 unit rumah yang disewa.

Menurut akhbar terbabit, Jabatan Perumahan Negeri Perlis akan menamatkan sewa jika ada penduduk yang enggan mengikut arahan berkenaan.

Dokumen perjanjian sewa rumah itu juga mengandungi syarat bahawa penduduk tidak boleh meletakkan barangan mereka di luar unit rumah masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan tempatan Perlis, Mat Hassan dilaporkan meminta penduduk memberi kerjasama tidak meletakkan peralatan atau barangan mereka di koridor pejalan kaki kerana akan menyusahkan orang lain.

Sementara itu, The Star melaporkan langkah berkenaan mendapat bantahan daripada beberapa pemimpin MCA negeri yang menyifatkan amalan agama, budaya dan tradisi kaum sepatutnya dihormati oleh pihak lain kerana Malaysia adalah negara berbilang bangsa.

Pengerusi MCA negeri, Datuk Chua Tee Yong dilaporkan berkata, sebarang arahan atau peraturan yang dibuat oleh pihak pentadbiran mesti mengambil kira perasaan orang ramai.

“Kami kesal isu ini menjadi kontroversi menjelang sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian