Malaysia mesti bebas daripada PM bereputasi buruk: Tun M

tun-siap1

BANGI, Jumaat – Beberapa isu kontroversi, termasuk derma RM2.6 bilion, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kapal selam yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyebabkan reputasi dan nama baik negara jatuh.

Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia mesti dibebaskan daripada seorang Perdana Menteri yang berprestasi buruk sekiranya ingin meraih semula reputasinya.

Mengimbas semula masa lalu, beliau berkata, Malaysia dikagumi kerana kejayaan meningkatkan diri daripada sebuah negara dunia ketiga yang miskin menjadi sebuah negara industri baru yang stabil.

Katanya, tiada pihak yang meragui bahawa hasrat Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 akan tercapai.

“Tetapi hari ini apabila kita pergi ke luar negara, kita akan disoal – “Apa yang berlaku kepada negara anda?” Ada yang mengatakan 1MDB dan unsur korup di dalam kerajaan penyebab kehilangan berbilion-bilion dollar. Ramai yang memberi komen tentang gaya hidup mewah Perdana Menteri,” katanya dalam laman blog beliau chedet.cc, hari ini.

Mengulas lanjut, Tun Dr Mahathir berkata, orang asing bertanyakan soalan seperti itu kerana akhbar yang mempunyai reputasi tinggi menerbitkan berita mengenai 1MDB, wang berbilion dolar untuk kegunaan Perdana Menteri sendiri, wang yang masuk di dalam akaun peribadinya serta gaya hidup mewah beliau.

“Tidak ada Perdana Menteri Malaysia mampu mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran seperti yang dilakukan untuk anak perempuannya.

“Walaupun rakyat Malaysia membaca hanya perkara-perkara yang baik mengenai Najib di dalam media tempatan tetapi media alternatif tidak menyembunyikan perkataan apabila menyuarakan rasa meluat mereka dengan Najib dan pengampu yang melindunginya.

“Apabila Wall Street Journal melaporkan bahawa PM mempunyai 2.6 bilion ringgit dalam akaun peribadinya di AmBank, dunia mentertawakan Najib kerana mendakwa ini adalah derma yang diberi orang Arab,” katanya.

selam7

Mengenai dua kapal selam yang dibeli ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan, Tun Dr Mahathir berkata, rakan karib Najib, Abdul Razak Baginda dan syarikat yang dimilikinya kini dinamakan dalam kes mahkamah di Perancis.

“Razak tidak punyai kuasa untuk membuat keputusan mengenai pembelian Kerajaan. Tetapi Najib sebagai Menteri Pertahanan telah melakukannya. Apa pun, sekiranya Razak atau syarikatnya menerima wang dari pembuat kapal selam, dia harus ditahan di hadapan mahkamah Perancis,” katanya.

Tetapi, katanya, Peguam Negara pasti tidak akan mendakwa Razak kerana ia mungkin mengaitkan nama Najib sedangkan sebelum ini Peguam Negara bukan sahaja menolak, bahkan menyembunyi laporan Bank Negara dan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kesemua ini dan banyak lagi telah memberikan nama buruk buat Malaysia. Nama Najib sememangnya lebih buruk. Rakyat Malaysia secara umumnya berasa malu dengan perkara-perkara ini dan Perdana Menteri berperanan dalam skandal sebegini.

“Untuk membersihkan nama baik Malaysia dan beliau sendiri, Najib mesti membuktikan di luar bayangan keraguan bahawa dia tidak bersalah terhadap semua pertuduhan ini. Peguam Negara berkata beliau tidak bersalah tidak membawa apa-apa makna. Dia, Peguam Negara yang tidak punyai kredibiliti,” katanya.

BERITA BERKAITAN

Kapal selam: Razak Baginda mengaku terima RM137 juta lapor Financial Times

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian