Najib yakin dengan kemampuan Ahmad Bashah majukan Kedah

najib-razak_3

KULIM, Jumaat – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mempunyai kemampuan untuk membawa Kedah menjadi lebih maju.
 
Katanya beliau juga percaya Ahmad Bashah mampu menjalankan tugasnya dengan berkesan supaya rakyat mendapat lebih rezeki selain menjaga kebajikan seluruh rakyat.
 
“Saya dan rakan-rakan (dalam kerajaan Persekutuan) ucapkan tahniah kepada Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar yang baharu, dan selamat bertugas,” katanya pada awal ucapannya ketika merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Paya Besar, Lunas di sini hari ini.
 
Selain Ahmad Bashah, turut hadir pada majlis itu Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Kesihatan yang juga Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.
 
Semalam, Ahmad Bashah, 66, yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-12 di Istana Anak Bukit, Alor Setar.
 
Beliau menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang meletakkan jawatan dua hari lepas.- Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian