Rakyat pertikai cara Bashah rebut jawatan MB, kata Ahli Parlimen

mukhriz (1)

BANGI, Jumaat – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yakin rakyat Kedah yang memiliki harga diri dan akal yang tinggi masih memberi sokongan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ini kerana katanya, Mukhriz yang digulingkan daripada jawatan Menteri Besar dua hari lalu oleh kumpulan diketuai Menteri Besar baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, adalah seorang yang mengamalkan prinsip berkata benar.

Sehubungan itu, katanya, pencapaian akademi Bashah yang tidak berkelulusan universiti bukan punca sesetengah pihak mengeluarkan kata-kata kurang sopan terhadapnya.

Sebaliknya cara diguna oleh Bashah untuk mendapatkan jawatan itu yang menjadi punca, katanya melalui kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook beliau, hari ini.

“Kemarahan rakyat Kedah bukan kerana mereka telah matang dalam politik. Apa yang dilihat mereka keutamaan pada diri seseorang pemimpin itu adalah sikap amanah, integriti dan bijaksana.

“Apa yang dapat diharap kepada MB baru dan Exco-exco yang bakal dilantik nanti kalau keberadaan mereka di situ hanya untuk menjadi lembu dicucuk hidung oleh gembala lembu Putrajaya?

“Tetapi saya yakin bahawa saya dan adinda Mukriz masih punya sokongan rakyat Kedah yang memiliki ketinggian nilai harga diri dan akal budi, beramah serta berintegriti yang bersedia menebus maruah demi sebuah negeri,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian