Dewan Undangan Negeri Sarawak bubar 11 April

adenan

KUCHING, Khamis – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubar pada 11 April untuk memberi laluan bagi Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11), demikian diumumkan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

Bercakap pada sidang media khas hari ini, beliau yang bakal mengetuai Barisan Nasional (BN) buat kali pertama menghadapi PRN, berkata, Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud bersetuju dengan pembubaran itu.

Terdahulu, beliau menghadap Abdul Taib di Astana.

Perisytiharan pembubaran itu yang ditandatangani Yang Dipertua Negeri, akan diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar yang akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, bagi menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Menurut Klausa 4 Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya negeri perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?