Garis panduan baharu kes buli diedar minggu depan
GEORGE TOWN, Khamis – Kementerian Pendidikan bakal mengeluarkan satu garis panduan baharu bagi menambah baik pengendalian kes buli dalam kalangan pelajar mulai minggu depan.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata garis panduan itu akan diedarkan di semua sekolah di seluruh negara.
Katanya, proses dan tempoh siasatan sesuatu kes bagi memastikan tindakan segera dapat diambil adalah antara penambahbaikan dalam garis panduan berkenaan.
“Tindakan cepat perlu diambil dan dalam kes buli paling penting adalah siasatan, yang libatkan pelajar sama ada yang kena buli atau dibuli, oleh pengurusan sekolah…adakah melibatkan kes polis atau tidak.
“Tidak boleh tunggu tubuh satu jawatan kuasa, baru nak ambil tindakan, akan jadi lambat,” katanya sewaktu sesi taklimat di Jabatan Pendidikan (JPN) Pulau Pinang semalam.
Dalam pada itu, beliau berkata tindakan yang dikenakan terhadap pelajar yang terlibat dalam kesalahan buli adalah berperingkat iaitu amaran, gantung sekolah dan dipindahkan ke sekolah lain.
“Hukuman berkenaan adalah sebagai pengajaran manakala tindakan lebih serius seperti buang sekolah adalah penyelesaian terakhir bagi pelajar yang terlibat dengan jenayah.
“Buang sekolah ni, kadang-kadang tidak beri peluang kepada pelajar, sebab mereka masih budak, tapi kami tengok tahap (kesalahan) juga, pindah sekolah pun sudah dapat memberi pengajaran kepada mereka,” katanya.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan