Isma bimbang keselamatan Laut China Selatan, gesa tindakan serius kerajaan

isma2

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, Khamis – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman hari ini, menyatakan kebimbangan beliau terhadap isu terkini yang berlaku di Laut China Selatan, termasuk laporan 100 bot China yang memasuki perairan negara sejak 24 Mac hingga 27 Mac yang lalu.

Beliau yang khuatir dengan keadaan tersebut berkata, isu itu seolah-olah menggambarkan bahawa negara sedang mengalami krisis keselamatan.

“Isma bimbang dengan perkembangan terkini di Laut China Selatan.

“Negara ini seakan-akan sedang menuju krisis keselamatan yang mungkin mencetuskan peperangan,” katanya kepada Ismaweb.

Pihak berkuasa maritim kelmarin berkeras menyatakan bahawa memang terdapat 100 bot China yang telah menceroboh perairan negara minggu lalu.

Ketua Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar menegaskan bahawa “bot nelayan asing China” itu telah belayar ke arah barat sejak dikesan, dan jumlah kapal yang dikesan berkurangan kepada sekitar 85 pada Isnin lalu.

Tidak hanya merujuk kepada isu demikian, Ustaz Abdullah turut menyentuh keperluan untuk menyelesaikan ketegangan di Laut China Selatan.

Ianya termasuk tindakan China ke atas beberapa pulau di perairan berkenaan yang mencetuskan pertelingkahan mengenai tuntutan bertindih maritim termasuk pulau, terumbu karang dan lagun.

“Isma sedar sepenuhnya kesan apa bentuk konflik bersenjata keatas Islam, Melayu dan Malaysia sebagai negara aman dan merdeka

“Orang Melayu tentu akan jadi mangsa yang parah tercedera. Justeru, mereka perlu sedar masa depan buruk yang mungkin menunggu mereka.

“Oleh itu Isma menyeru pihak berkuasa, pemimpin dan ahli-ahli politik untuk menangani isu Laut China Selatan ini dengan serius,” tegasnya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?