Jurutera ditahan komen hina Najib

LOGO-SKMM

BANGI, Khamis – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menahan seorang jurutera kerana memuat naik komen bersifat jelik dan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di laman Facebook, baru-baru ini.

SKMM dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook semalam berkata, jurutera berumur 26 tahun itu ditahan dalam operasi SKMM bersama Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Berdasarkan aduan yang diterima, suspek telah memberikan komen sedemikian sebagai reaksi kepada artikel yang dimuat naik oleh sebuah portal berita liberal di laman Facebook portal itu pada 25 Mac 2016 lalu.

Dalam siasatan yang dijalankan, rakaman kenyataan suspek telah diambil di pejabat SKMM di Cyberjaya, Isnin lalu.

Telefon bimbit jenama Asus dan kad sim milik suspek juga disita untuk membantu siasatan.

SKMM akan memanggil beberapa lagi individu yang dikenal pasti dalam waktu terdekat untuk membantu siasatan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?