Noh minta DAP berhenti jadi hipokrit

Dato-Noh-Omar

KUALA LUMPUR, Khamis – Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar meminta DAP untuk berhenti bersikap ‘hipokrit’ dalam isu pembelian rumah banglo Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, Georgetown, Pulau Pinang.

Beliau berkata demikian apabila DAP mengambil tindakan untuk mengarahkan wakil rakyatnya ‘tutup mulut’ dan membenarkan beberapa jurucakap sahaja yang memberi kenyataan berhubung isu berkenaan.

Arahan itu dinyatakan dalam pekeliling yang diedarkan oleh pegawai DAP Pulau Pinang yang meminta pemimpin parti untuk tidak mengadakan sebarang sidang media atau mengeluarkan kenyataan berhubung dua isu berkenaan.

Menurut pekeliling itu, hanya tiga pemimpin dibenarkan untuk mengeluarkan kenyataan iaitu Guan Eng sendiri, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan penasihat undang-undang parti yang juga Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

“Hipokrit la (DAP), ini isu DAP atau isu peribadi? Kalau isu peribadi mengapa orang lain hendak tolong jawabkan.

“Ini isu peribadi ke isu parti, kalau ada isu peribadi, kalau DAP tengok ini isu parti, mungkin parti bolehlah keluarkan arahan adakah sebelum Guan Eng beli rumah tersebut dia ada bawa dalam mesyuarat DAP?,” katanya, selepas sidang di Parlimen, semalam.

Noh turut menyarankan agar DAP meneliti semula isu berkenaan dan meminta supaya pimpinan parti itu tidak mencampuri urusan Guan Eng.

“DAP perlu tahu beza sama ada ini masalah parti atau pun masalah peribadi? Jadi kalau dia masalah peribadi, bagi saya biarlah Lim Guan Eng seorang sahaja yang jawab, kenapa orang lain mesti campur tangan?

“Jadi nampaknya DAP pun tidak boleh hendak bezakan di antara isu peribadi dan isu parti,” katanya.

Dalam pada itu, Noh mempertikaikan tujuan parti itu mengeluarkan pekeliling berkenaan.

“Yang kedua kalau ini dianggap sebagai isu parti, sebab apa ada larangan? Adakah di dalam DAP ini dia ada puak-puak? Ada puak yang pro Lim Guan Eng, ada puak memang suka tengok benda ini berlaku, maka sebab itu dihalang daripada mereka membuat apa-apa kenyataan.

“Jadi kalau itu berlaku, di mana kebebasan bersuara yang DAP duduk laung-laungkan selama ini? Bila terkena batang hidung dia, kita semua tidak boleh bercakap,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?