‘Putera misteri’ penderma AS$375 juta kepada Najib tidak wujud: Sarawak Report
BANGI, Khamis – Selepas Four Corners The Australian Broadcasting Corporation (ABC) ‘mengesahkan’ bahawa Datuk Seri Najib Razak menerima derma daripada keluarga diraja Arab Saudi, portal kontroversi, Sarawak Report mempertikai surat yang kononnya daripada penderma berkenaan.
Portal berkenaan dalam laporannya mendakwa tiada putera diraja Arab Saudi yang bernama Saud Abdulaziz al-Saud sebagaimana yang tertera pada kepala surat yang kononnya ‘bocor’ dan diperoleh Four Corners ABC.
Malah, kata Sarawak Report, apa yang disiarkan oleh Four Corners mengenai ‘putera misteri’ memasukkan wang ke dalam akaun peribadi Najib, sebenarnya pernah mereka laporkan sebelum ini, tetapi jurucakap Perdana Menteri mengecamnya dengan mengatakan ia adalah laporan palsu yang berniat jahat.
Portal berkenaan turut menganggap sekeping surat yang disiarkan ABC bagi menyokong dakwaan bahawa ‘derma’ berkenaan kononnya ditandatangani oleh Putera Saud Abdulaziz al-Saud, adalah ‘surat pelik’.
Bagaimanapun, Sarawak Report mendakwa menyemak nama putera berkenaan di dalam internet dan mendapati tidak wujud individu berkenaan.
Malah, portal berkenaan mendakwa nama berkenaan adalah umum dan tidak dapat dinyatakan pula putera itu anak kepada siapa.
“ABC juga menambah butiran yang mengejutkan dalam maklumat identiti ‘penderma’ ini. Mereka mendedahkan individu berbeza telah melakukan pemindahan wang berkenaan.
“Akaun di mana wang itu sebenarnya datang mencatatkan nama Putera Faisal bin Turkey bin Bandar Alsaud, bukannya Putera Saud Abdulaziz al-Saud atau Saud Abdulaziz Majid al-Saud,” kata Sarawak Report.
Sekali lagi, portal berkenaan mendakwa mereka menyemaknya melalui internet dan gagal memperoleh apa-apa maklumat terhadap individu dimaksudkan.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan