AKTIVIS ISMA DAN I-MEDIK TERIMA ANUGERAH CEMERLANG PERKHIDMATAN
Oleh: Muhammad Zakwan Bin Yahya
KUALA TERENGGANU, 25 April – Aktivis Ikatan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim Malaysia (iMedik) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kuala Terengganu telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015.
Dr Nik Nabihah Nek Rakami, yang bertugas sebagai Ketua Unit Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, Pejabat Kesihatan Daerah Marang telah menerima anugerah tersebut di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang 2015.
Majlis gilang-gemilang itu telah berlangsung di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) dan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Saiful Anuar Bin Lebai Hussen, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia.
Majlis tersebut merupakan majlis tahunan anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu bagi meraikan staf-staf cemerlang dan berdedikasi daripada semua pejabat kesihatan daerah dan hospital seluruh negeri Terengganu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan