Bekas Setiausaha Bahagian KBS 3 pengarah syarikat mengaku tak bersalah 191 tuduhan

otman arshad 3103

KUALA LUMPUR, Khamis – Bekas Setiausaha Bahagian Kewangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama tiga pengarah syarikat mengaku tidak bersalah terhadap 191 dakwaan pertuduhan berhubung penggubahan wang haram mencecah RM17 juta.

Tertuduh ialah Otman Arsahd, 57, Abdul Ghafar Abdurahiman; 42 dan isterinya Siti Rohanah Hussien, 42 serta Halmi Khalid, 35.

Bagi pendakwaan pertama, bekas Setiausaha Bahagian KBS, Otman dituduh dengan 64 pertuduhan membabitkan penggubahan wang haram bernilai RM16.623 juta.

Dia didakwa melakukan kesalahan penggubahan wang haram dengan pemindahan transaksi antara RM50,000 dan RM900,000 daripada tiga pengarah syarikat ke kad kredit tertuduh antara Mac 2012 dan Disember 2015.

Seterusnya, Halmi yang merupakan pengarah syarikat pembekal barang sukan menghadapi satu pertuduhan melakukan kesalahan membuat penggubahan wang haram dengan pemindahan transaksi wang bernilai RM900,000 ke deposit tunai milik Otman.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 10 Disember 2015 di RHB Plaza Damas 3, Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Hakim Alaudeen Ismail menetapkan jaminan sebanyak RM100,000 terhadap Otman manakala Halmi sebanyak RM60,000 dengan seorang penjamin dan passport kedua-dua tertuduh diarahkan untuk diserahkan kepada mahkamah.

Sementara itu dalam pendakwaan kedua, tertuduh, Ghafar yang merupakan pengarah syarikat pembekalan barang sukan dan pelaksanaaan program dituduh dengan 63 pertuduhan membabitkan penggubahan wang haram bernilai RM15.723 juta.

Dia didakwa melakukan kesalahan membuat penggubahan wang haram dengan pemindahan transaksi wang antara RM50,000 dan RM900,000 ke kad kredit Otman antara Mac 2012 dan Disember 2015 di empat buah bank sekitar Kuala Lumpur.

Hakim Mohd Nasir Nordin menetapkan jaminan sebanyak RM 70,000 dengan seorang penjamin dan passport tertuduh diarahkan untuk diserahkan kepada mahkamah. Tarikh sebutan semula kes pada 24 Mei 2016.

Dalam pendakwaan ketiga, kesalahan yang didakwa ke atas Siti Rohanah adalah sama seperti Abdul Ghafar kerana dia merupakan pengarah bersama syarikat itu.

Hakim Sohaini Alias menetapkan jaminan sebanyak RM70,000 dengan seorang penjamin dan passport tertuduh diarahkan untuk diserahkan kepada mahkamah. Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 24 Mei 2016.

Semua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang mana di bawah Seksyen 4(1)(a) AMLATFA 2001 boleh membawa hukuman penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya sekali manakala bagi Seksyen 4(1)(b) Akta AMLATFPUAA 2001, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 15 tahun dan denda nilai harta penggubahan harta atau lima juta mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi dan Mohd Husmarudin Hussein.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian