Israel halang perjalanan dari Gaza ke Al-Aqsa untuk minggu kedua
BANDAR GAZA, Jumaat – Pihak berkuasa Israel sekali lagi menghalang rakyat Palestin daripada meneruskan perjalanan dari Semenanjung Gaza ke Masjid Al-Aqsa di timur Baitulmuqaddis untuk beribadah.
Halangan ini berlaku untuk minggu kedua selepas pihak berkuasa Israel mendakwa penduduk Palestin tidak dibenarkan ke AL-Aqsa bagi memberi laluan untuk cuti Paskhah Yahudi.
Sumber memberitahu, pengharaman perjalanan keluar dari wilayah yang dikepung telah dilaksanakan untuk kira-kira 200 rakyat Palestin yang berusia lebih daripada 60 tahun yang lazimnya dibenarkan untuk ke masjid Al-Aqsa.
Jurucakap Kementerian Pertahanan Israel, Arielle Heffez mengesahkan semalam bahawa semua lalu antara Gaza dan Israel akan ditutup hari ini kerana festival Paskah dan pengecualian hanya untuk kecemasan.
Walaupun perjanjian gencatan senjata yang menamatkan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 2014 memperuntukkan kebenaran lawatan untuk warga tua Palestin ke AL-Aqsa, namun lawatan itu sering diganggu dengan sebab-sebab keselamatan dan cuti Paskhah.
Israel membekukan perjanjian itu pada 16 Mac lalu berikutan dakwaan bahawa ramai rakyat Palestin yang mengunjungi Al-Aqsa tidak pulang semulang ke Semenanjung Gaza pada hari yang sama lawatan dan ia dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan.
Rakyat Palestin hanya berpeluang mengunjungi Al-Aqsa sekali sahaja berikutan pembekuan itu, sebelum sekali lagi dihentikan kerana festival Paskah.
Jumaat lalu, pihak Israel turut menghalang kemasukan penduduk Palestin ke Al-Aqsa untuk sambutan cuti festival yang sama. – Agensi
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan