1MDB dakwa tak terjejas berikutan pembubaran BSI Bank

A man walks past a 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) billboard at the funds flagship Tun Razak Exchange development in Kuala Lumpur, in this March 1, 2015 file photo. Malaysia's indebted and controversy-ridden state investor 1MDB will be left as a skeletal structure and possibly dissolved under a debt repayment plan in which most of its assets will be sold, sources with direct knowledge of the matter said. REUTERS/Olivia Harris/Files (MALAYSIA - Tags: BUSINESS LOGO REAL ESTATE)

KUALA LUMPUR, Selasa – Syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mendakwa pemilikannya dalam pelbagai dana pelaburan tidak terjejas dengan pengumuman pengawal selia kewangan Switzerland yang bersetuju kepada pengambilalihan dan pembubaran BSI Bank Ltd.

“1MDB kekal komited untuk bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak berkuasa dan sejajar dengan protokol antarabangsa yang mengurus tadbir perkara tersebut.

“1MDB mengesahkan pemilikannya dalam pelbagai dana pelaburan tidak terjejas oleh pengumuman terbabit hari ini,” kata 1MDB dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini, pengawal selia kewangan Switzerland dilaporkan bersetuju kepada pengambilalihan dan pembubaran BSI Bank Ltd, yang terbabit dalam siasatan syarikat pelaburan strategik kerajaan, 1MDB.

Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) juga telah mengarahkan bank swasta itu menutup operasinya di negara berkenaan.

Terdahulu, penyelia kewangan Switzerland membuka prosiding jenayah terhadap bank BSI yang didakwa mempunyai hubung kait dalam kes rasuah dana 1MDB.

Berikutan itu, Ketua Eksekutif BSI, Stefano Coduri dilapor meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian