Adun Sungai Panjang calon BN PRK Sungai Besar
BANGI, Sabtu – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamdi, malam tadi, mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, 18 Jun ini.
Budiman, 44, adalah anak tempatan yang berasal dari Kampung Sungai Limau dan juga Setiausaha ADUN BN Selangor.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada 2013, Budiman menang kerusi DUN Sungai Panjang selepas menewaskan Mohd Fadzin Taslimin daripada PAS dengan majoriti 2,183 undi.
DUN Sungai Panjang berada di bawah Parlimen Sungai Besar.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan