Aktivis Isma Samarahan raih pingat gangsa di InTEX, UNIMAS

3

Oleh Mohamad Nor Fakihin Aqsa Mohd Nor Azam

KOTA SAMARAHAN, Khamis – Seorang aktivis Isma cawangan Samarahan, Fara Izmyra bt Muzafar Shah berjaya meraih pingat gangsa pada ‘Invention Technology Expo’ (InTEX) 2016 yang diadakan di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pada 23 hingga 24 Mei lalu.

Pingat itu diperoleh selepas Fara membentangkan projek kajiannya yang bertajuk ‘Culture of Spirulina platensis for Production of Single Cell Protein in Filtered Sago Effluent (FSE)’.

Selain mempamerkan pencapaian akademik yang cemerlang, Fara yang merupakan pelajar Siswazah jurusan Bioteknologi UNIMAS juga komited melakukan dakwah dan terlibat aktif dalam tarbiyah.

Keterlibatan aktif beliau dalam tarbiyah dan dakwah membuktikan bahawa ia bukan faktor penghalang besar untuk berjaya di dalam akademik.

Bahkan, ianya membakar semangat mahasiswa untuk sentiasa melakukan terbaik sekaligus mendapat keredhaan ilahi.

Wanita Isma Samarahan mewakili Isma merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Fara diatas pencapaian yang diperoleh dan mendoakan semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang buat ummah dan negara.

1

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian