Israel berkomplot singkirkan Presiden Palestin

abbas

TEL AVIV, Selasa – Israel dilapor berkomplot dengan sekutunya, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jordan dan Mesir untuk melancarkan kempen menggulingkan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Komplot itu dipercayai untuk manaikkan bekas pemimpin pergerakan Fatah, Mohammed Dahlan.

Berdasarkan sumber kerajaan Palestin dan Jordan, UAE telah mengadakan perbincangan dengan Tel Aviv untuk menjadikan Mohammed Dahlan sebagai Presiden.

Ketiga-tiga negara Arab tersebut dilapor akan memaklumkan kepada Arab Saudi sebaik sahaja persetujuan dicapai.

“Pihak yang terlibat dalam komplot ini percaya karier politik Mahmoud telah tamat dan mereka akan memastikan segala usaha beliau dikekang sepanjang memegang tampuk kepemimpinan Fatah sehingga pilihan raya diadakan.

“Antara perancangan ter­­sebut, mereka akan menghalang Mahmoud daripada melantik timbalan presiden,” kata sumber itu.

Mohammed Dahlan yang dianggap sebagai musuh politik Abbas telah dibuang daripada pergerakan Fatah pada 2011 dan menetap di UAE selepas didakwa terlibat dalam rasuah dan fitnah.

Antara tujuan utama menyingkirkan Mahmoud dikatakan adalah untuk menyatukan Fatah, menyempurnakan perjanjian damai dengan Israel dan menyelesaikan isu penjajahan rejim Zionis di Tebing Barat serta melemahkan penentangan pergerakan Hamas di Genting Gaza.-Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian