Kerajaan tingkatkan sasaran KPI agenda pemerkasaan Bumiputera bagi 2016

najib-gesturesKUALA LUMPUR,  Khamis – Kerajaan mengambil keputusan untuk meningkatkan sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) agenda pemerkasaan bumiputera (BEA) bagi syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan utama (G20) pada tahun 2016.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peningkatan itu berdasarkan kejayaan yang dicapai sejak program BEA diperkenalkan pada 2014.

“Saya bersama menteri dan beberapa anggota pentadbiran turut terlibat dalam menggubal KPI BEA bagi GLIC dan G20.

“Juga, menerusi sesi ‘White Room’ bersama pengerusi-pengerusi dan Ketua-ketua Pegawai Eksekutif GLIC dan G20, komitmen syarikat-syarikat akan dipertingkatkan untuk meneruskan pelaksanaan BEA di syarikat masing-masing,” kata beliau pada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Khazanah Nasional Bhd Tan Sri Azman Mokhtar.

Beliau berkata, antara inisiatif-inisiatif yang dirancang termasuk sasaran perlantikan 70 vendor baharu, lapan jaguh nasional dan sebuah jaguh serantau melalui Program Pembangunan Vendor (PPV) dan menetapkan sasaran pemerolehan syarikat Bumiputera pada RM11 bilion.

Perdana Menteri turut mensasarkan seramai 15,000 siswazah untuk dilatih di bawah Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) tahun ini.

“Khazanah Nasional Bhd, selaku urus setia program, akan terus memperkemaskan lagi mandat dan struktur pelaksanaan BEA agar dapat memberikan lebih banyak manfaat kepada masyarakat Bumiputera dan negara,” katanya.

Najib berkata setelah dua tahun pelaksanaan BEA, kejayaan ketara telah dicapai dalam tujuh bidang utama, iaitu berkaitan program pembangunan vendor, syarikat-syarikat utama untuk rantaian bekalan, pengagihan khusus (carve out), modal insan, pemilikan aset bukan kewangan, pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat dan pemerolehan.

“Lima buah GLIC dan G20 secara keseluruhannya berjaya mencatatkan pencapaian 91.5 peratus di bawah KPI dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif utama di bawah BEA bagi tahun 2015,” katanya.

Melalui tujuh bidang utama tersebut, Perdana Menteri berkata GLIC dan G20 telah mencatatkan nilai inisiatif keseluruhan sebanyak RM44.7 bilion pada 2015 berbanding RM43.8 bilion pada 2014.

“Antara kejayaan GLIC dan G20 pada tahun 2015 adalah pemerolehan berjumlah RM11.8 bilion daripada syarikat Bumiputera manakala RM2.3 bilion dari nilai pengagihan khusus untuk syarikat Bumiputera.

“Selain itu, GLIC dan G20 turut melantik 49 vendor baharu di bawah program-program pembangunan vendor, mewujudkan dua konsortium rangkaian runcit dan ternakan, serta melatih 9,544 siswazah di bawah program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M). – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?