Korea Selatan negara kedua kadar tertinggi bunuh diri. Apa pengajarannya?

korea 2

Baru-baru ini, Korea Selatan telah dikejutkan dengan pembunuhan kejam yang dilakukan oleh seorang lelaki berumur 30-an ke atas seorang wanita di sebuah tandas awam. Motif pembunuhan tersebut adalah kerana lelaki tersebut telah dilayan buruk berkali-kali oleh ramai wanita sebelum ini. Mangsa dan pembunuh tersebut bukanlah saling mengenali malah tidak pernah berjumpa melainkan ketika kejadian tersebut. Setelah disoal siasat, pembunuh disahkan menghidap schizophrenia dan pernah dimasukkan ke hospital sebanyak enam kali sejak tahun 2008. Sehingga hari ini, demontrasi aman masih berjalan di Gangnam Station Exit 10 dengan melekatkan nota-nota untuk menunjukkan rasa simpati ke atas mangsa di samping menggesa kerajaan meningkatkan keselamatan ke atas wanita di negara ini.

Berikutan peristiwa ini, beberapa pengajaran boleh kita pelajari.

Dapatlah kita fahami bahawa kemajuan dari segi fizikal sesebuah negara bukanlah kayu pengukurnya walaupun terkenal dengan pengangkutan awam yang sangat efisyen mahupun teknologi mereka yang berjaya dieksport ke seantero dunia. Di Korea, pesakit schizophrenia dianggarkan seramai 500,000 orang, tetapi hanya 104,000 masih datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Di samping itu, kedudukan Korea Selatan sebagai negara kedua tertinggi kadar bunuh diri menunjukkan yang mereka sebenarnya tidak mengecapi kebahagiaan dan ketenangan walaupun mereka antara negara yang menerajui arus teknologi terutamanya dalam bidang penghasilan produk elektronik. Realitinya, jiwa mereka sedang sakit kerana mereka sedang berlumba-lumba menjadi yang terbaik dan terhebat dari segi fizikal dan luaran semata-mata. Jiwa yang kosong takkan rasa terisi, hatta diberikan dengan seluruh bumi dan isinya sekalipun andai hati dan hidupnya tidak berdasarkan fitrah. Bak kata Abu’l A’la Al-Maududi dalam bukunya iaitu ‘Asas-asas Islam’,

” Sesungguhnya anda telahpun mengetahui bahawa orang itu tidak dilahirkan melainkan dalam fitrah Islam. Dan setiap anggota tubuhnya tidak bekerja melainkan sesuai dengan fitrah Islam. Dan dunia sekelilingnya tiada beredar mengikut edarannya melainkan menurut Sunnah Islam. Tetapi semua ini terlingkup oleh hijab kejahilan dan kejahatan yang menutupi, sehingga terluputlah dan pandangannya fitrah dunia dan fitrah dirinya.”

korea 3
Bagaimana mungkin seseorang manusia mampu menikmati ketenangan sedang diri sedang melawan fitrah? Oleh itu, seseorang muslim hendaklah mensyukuri nikmat iman dan Islam yang telah Allah berikan dengan sentiasa meningkatkan kefahaman tentang Islam selain cuba untuk menunjukkan sebenar-benarnya akhlak seorang muslim menurut al-Quran terutamanya yang menetap di negara bukan Islam kerana Islam itu dilihat dan dinilai melalui mereka.

Sungguhpun, Korea adalah negara keempat paling selamat di dunia, namun begitu, langkah-langkah keselamatan tidak boleh dipandang sebelah mata kerana seperti maksud kata pepatah, ‘air yang tenang, jangan disangka tiada buaya’.

Oleh itu, sebagai Ketua Wanita ISMA Korea Selatan, saya ingin menasihati semua ahli ISMA Korea Selatan khususnya dan semua pelajar Malaysia di Korea Selatan umumnya untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengelakkan daripada melalui tempat sunyi dan gelap secara bersendirian, mengelakkan daripada sewenang-wenangnya memberi maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali, merancang sebaik mungkin perjalanan di luar supaya tidak terdedah kepada perkara-perkara yang tidak diingini. Bagi pelajar muslim khususnya, boleh menjadikan bacaan al-mathurat pada setiap pagi dan petang sebagai salah satu usaha untuk memohon perlindungan kepada Allah dari sebarang mara bahaya dan petaka. Hanya kepada Dia sahaja kita semua berlindung dan berserah diri.

Kesimpulannya, kita tidak ada solusi lain yang lebih baik melainkan kembali sepenuhnya kepada Islam. Kesempurnaan Islamlah sebenarnya yang mampu mengisi kekosongan jiwa, menenangkankan hati yang resah gelisah, melindungi setiap anggota tubuh badan kita daripada melakukan kezaliman dan kemungkaran selain menjadikan kita manusia yang lebih teguh di atas kebenaran.

Wallahu a’lam.

korea

Ummu Izatti Binti Mohd Ali
Ketua Wanita ISMA KOREA Selatan

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian