MCA, MIC patut ugut letak jawatan dalam isu 1MDB: PAS

tuan ibrahim

KOTA BHARU, Selasa – Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pemimpin komponen BN sewajarnya memberi perhatian untuk menyelesaikan masalah rakyat sebelum mencampuri urusan umat Islam.

“Masalah rakyat yang perlu diberi perhatian bukan menyekat hak orang Islam untuk mengamalkan ajaran dan agama mereka,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Muktamar Pemuda Pas ke-57 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian membidas tindakan beberapa pemimpin MIC dan MCA yang mengungut untuk meletakkan jawatan sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 diluluskan.

“Komponen BN, MCA, MIC ugut nak letak jawatan kalau diterima enakmen tersebut. Sepatutnya mereka ugut letak jawatan ketika negara berdepan isu 1MDB.

“Sepatutnya mereka berani memberi amaran kepada kerajaan untuk meletakkan jawatan dengan bebanan yang ditanggung oleh rakyat.

“Ke mana mereka ketika negara sedang bergelut dengan kemelut 1MDB yang tak selesai, derma yang dipulangkan, bebanan rakyat GST termasuk isu melanda anak-anak muda kita yang tiada kerja?” ujarnya.

Malah, Tuan Ibrahim berkata, pihaknya bersedia untuk berbahas mengenai usul itu bagi memberi penjelasan mengenainya.

“Pas bersedia mengadakan sebarang dialog dengan mana-mana pihak untuk memahami tanggungjawab kita untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah,” katanya.

Jumaat lepas, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentang usul RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

RUU itu bertujuan meminda Seksyen 2 bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas umat Islam dan dalam hal-hal kesalahan di dalam perkara yang disenaraikan di butiran 1 Senarai Negeri, mengikut jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah mengikut Seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan mengikut seksyen yang disebutkan, selain hukuman mati.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian