Melayu pilih lembu, ultra kiasu pilih babi, sudah tentu saya pilih lembu: Ridhuan Tee

 

“Apa sahaja berkaitan dengan hal ehwal Islam, yang tidak ada kaitan langsung dengan bukan Islam, mesti ditentang oleh ultra kiasu.

ridhuan tee

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Isnin – Pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah sekali lagi menyelar sikap ultra kiasu yang tidak sudah-sudah bersuara semata-mata mahu mempertikai hak dan kedudukan Islam di negara ini.

“Apa sahaja berkaitan dengan hal ehwal Islam, yang tidak ada kaitan langsung dengan bukan Islam, mesti ditentang oleh ultra kiasu.

“Apa lagi yang bukan Islam mahu? Apakah pernah kita merampas kekayaan mereka? Apakah kita pernah merobohkan rumah ibadat mereka tanpa alasan? Fakta membuktikan kekayaan mereka berlipat kali ganda. Begitu juga rumah ibadat mereka. Mereka menguasai ekonomi, orang Melayu masih ramai lagi merempat.

“Hari ini kita hanya memohon, benarkan kami sebagai umat Islam, hidup di bawah cara hidup dan undang-undang kami. Itu pun tidak dibenarkan. Apakah Peribumi perlu meminta izin daripada penghijrah?,” soalnya.

Beliau berkata demikian dalam tulisannya di Sinar Harian hari ini merujuk tentangan yang amat hebat daripada ultra kiasu apabila membantah usul yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat minggu lalu.

Ridhuan Tee berkata, ultra kiasu seolah-olah lupa bahawa negara ini berasal-usulkan kepada ketuanan Melayu dan Islam.

Katanya, jika kita boleh menerima cara hidup dan undang-undang barat serta komunis kenapa mereka begitu memandang hina kepada Islam?

“Pernahkah umat Islam atau pemerintah Islam mengambil hak bukan Islam selama ini? Buktikan kepada saya berapa kes orang Islam menzalimi bukan Islam? Pergilah ke negara Islam, buatlah kajian bagaimana bukan Islam membina empayar kekayaan mereka di negara Islam tanpa diganggu-gugat oleh pihak berkuasa Islam.

“Agama Islam sangat jelas dalam hal ini. Kita dilarang sama sekali merampas hak bukan Islam. Hak berekonomi, hak peribadi, hak melakukan ibadat dan berbagai hak lagi. Hatta, nak berjudi dan minum arak, dibenarkan, asalkan tidak menimbulkan mudarat kepada khalayak.

“Sehinggakan dalam peperangan sekalipun jika berlaku. Rasulullah menegaskan, jangan lakukan beberapa perkara berikut terhadap bukan Islam. Jangan membunuh orang tua, wanita, kanak-kanak dan memusnahkan rumah ibadat mereka kerana mereka ada hak ke atas itu,” katanya.

Justeru katanya, beliau bersetuju dengan kata-kata Presiden PAS sebelum ini lebih baik berkawan dengan lembu daripada babi, ternyata sudah kebenarannya.

“Apakah kita perlu membaca atau menonton kembali filem animasi babi, Animal farm, karangan George Orwell? Four legs good, two legs bad (or better). All animals are equal, but some animals are more equal than others. Adakah ultra kiasu berasakan mereka lebih superior daripada Peribumi?

“Tidak perlulah berdolak-dalik. Berterus teranglah. Jika tidak ada pilihan antara terpaksa memilih lembu dan babi. Jawapannya sudah pasti, Melayu pilih lembu, ultra kiasu memilih babi. Sudah tentunya saya memilih lembu,” katanya lagi.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian