Pemimpin Ikhwan Muslimin dipenjara seumur hidup

2ef7a00f-d665-4a5a-9837-2b88cded8911

KAHERAH, Selasa – Mahkamah Mesir hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas pemimpin Ikhwan Muslimin dan 35 yang lain atas dakwaan protes ketika penyingkiran Presiden Mohammed pada tahun 2013.

Pegawai Kehakiman Mesir mendakwa Pemimpin Agung Ikhwan Muslimin, Mohamed Badie dan 35 yang lain itu bersalah menyertai pertempuran di bandar Suez sehingga menyebabkan tiga orang terbunuh pada Julai tahun yang sama.

Sebelum ini, Mohamed Badie sudah pun dijatuhi hukuman mati dan penjara dalam beberapa perbicaraan lain.

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara antara tiga dan 15 tahun ke atas 48 defendan dan membebaskan 20 yang lain.

Bagaimanapun, ratusan orang telah dijatuhkan hukuman mati walaupun ramai yang memfailkan rayuan dan menang dalam perbicaraan semula.

Sejak penyingkiran Morsi, beribu-ribu penunjuk perasaan anti-kerajaan yang kebanyakannya adalah penyokong Ikhwan telah dijatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah awam dan tentera.

Ikhwan kemudiannya disenarai hitam sebagai organisasi pengganas oleh kerajaan Mesir dalam usaha untuk menghalang ahli gabungannya d bertanding dalam pilihan raya negara itu. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian