Pengundi agama lain tak perlu risau rang undang-undang hudud

datukserinohomarnasionalisnoh-omar

SABAK BERNAM, Ahad – Pengundi yang beragama lain di kawasan Parlimen Sungai Besar dinasihatkan supaya tidak risau dengan usul pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016, kerana ia tiada kaitan dengan hudud.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata usul itu hanyalah cadangan memperkasakan Mahkamah Syariah dan ia tidak membabitkan orang bukan Islam.

“Sekarang Mahkamah Syariah hanya diberi kuasa untuk menjatuhkan hukuman tidak melebihi tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam sebatan dan hukuman ini sudah tiba masanya dipinda.

“Usul berkenaan hanya untuk meminda undang-undang yang telah sedia ada di Malaysia dan bukan untuk membuat undang-undang baharu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Pertahanan Awam (JPAM) Negeri Selangor di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Tanjung Karang itu berkata, isu Presiden PAS Abdul Hadi Awang membawa usul berkenaan sengaja dipolitikkan bagi menunjukkan seolah-olah wujud kerjasama antara UMNO dengan PAS.

“Tidak wujud sebarang kerjasama atau hubungan, malah di kedua-dua PRK di Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak, UMNO dan PAS meletakkan calon masing-masing,” katanya.

Kedua-dua PRK diadakan serentak pada 18 Jun ini manakala hari penamaan calon pada 5 Jun. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian